277- Dan yg harus dikerjakan ialah amal ibadat yg engkau sukai serta istiqamah dalam melakukannya untuk taqarrub kepada Allah, sedang yg harus diabaikan ialah hawa nafsu dan urusan dunia yg akan lenyap, dan yg sering mempengaruhimu.
Kerana itu harus mengutamakan yg tetap kekal abadi iaitu amal akhirat, dan mengabaikan yg sementara iaitu dunia yg pasti musnah dan lenyap.
Abdullah bin Alghafiqy berkata: Pada suatu malam ketika aku berjalan ke masjidil haram Makkah bertemu seorang yg sedang membersihkan tanah, maka aku kira ia gila atau miskin/kelaparan, lalu aku tegur: Hai orang, untuk apakah kau main-main tanah? Jawabnya: Apakah ini tanah? Sambil memberikan kepadaku segenggam, tiba-tiba itu tepung. Maka tergerak dalam hatiku ini seorang waliyullah, kemudian aku duduk mendekatinya sambil berkata kepadanya: Doakanlah aku, maka ia berdoa: Semoga Allah memberitahu kepadamu kebesaran apa yg kau minta itu, sehingga ringan bagimu meninggalkan segala kepentingan dunia yg fana ini.
Sekiranya engkau dapat mencapai istiqamah keyakinanmu dalam berhadap kepada Keesaan DzatNya, maka engkau telah mencapai keuntungan yg lebih berharga dari dunia dan akhirat serta segala isi keduanya itu.
_AL-HIKAM
﷽۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ﷺ🌹
